Wednesday, December 30, 2009

I WISH 2010

TARGET 2010

-Nak carik new job dgn gred yg lebih tinggi(kalau tak gred tinggi pun pindah ke tempat yg betui2 kasi experience yg best!)
-Be a good wife and sempurna untuk future husband (dah x lambat ni tinggai sebulan ja lagi)
-Boleh bagi ayah sesuatu....akan aku usahakan
-Adoi ni memang fenin...Pay back my PTPTN loan secara konsisten(sekarang bayar tapi kdg bayar kadang lupa lalalalalalalla)
-Have my own house dekat kedah! (nak beli rumah....insyallah..)
-Going for a holiday at local/ overseas location mana2 pun x kisah janji dpt travel dan lawat tempat orang
-Save money RM ?????
-kuruskan badan yg mcm dah dipam2...huhuhuhuuhuh moga tercapai la ida oiii...

Azam 2010

Tirai 2009 akan berlabuh dalam berapa jam sahaja lagi.Sebagai seorang hamba NYA aku bersykur dengan rezeki dan kesihatan yang telah dikurniakan oleh NYA kepada aku ...2009 memberi aku pengalaman yg cukup manis kerana apa yg aku imipikan telah termakbul.2009 juga tahun aku bergelar tunangan orang setelah hampir 7 thn menyulam kasih yang pelbagai rintangan dan halangan yg terjadi.Pengertian hidup dalam diari hidup aku bermula lepas aku grad 2005(perlu fikirkan untuk majukan diri sebab dah kena cari duit sendiri)
2005-aku mula bekerja di library Kementerian Pembangunan Wanita kat KL-kontrak-)
2006-tahun yg aku x dpt lupakan dimana ibu yg tercinta pergi menyahut seruan Illahi pada 10/4/2006 Al- Fatihah....Tahun ni tahun yg paling genting dalam hidup aku....Tahun ni juga aku pulang ke kedah dan bekerja di DXN Industries hampir 1 thn 6 bln
2007-Pertengahan 2007 aku dpt kerja di HPA industries dalam bidang yg sama masa di DXN dulu...Masa di sini aku masih mengharap aku agar aku dapat perolehi job yg sesuai dgn bidang yg aku belajar dulu...berkat doa dan solat dhuha masa menjadi warga HPA (Ukhuwah yg sangat kuat dikalangan warganya)akhirnya ..
2008-16/06/2008 Akhirnya penantian aku......berakhir...doa dan rintihan hambaNYA telah di makbulkan...aku perolehi kerja yg aku inginkan sesuai dgn kelayakan aku ...alhamdulillah
2009-Ogos 2009 Aku telah mendapat lagi satu kejayaan yg aku memang impikan dari dulu tapi apa kan daya status kontrak yg membuatkan aku mendapat halangan yg kuat dari famili....walaupun mereka tahu itu yg aku impikan...tak semua yg kita inginkan akan kita dpt dan capai ...cuma doa aku aku inginkan yg terbaik pada thn 2010 agar apa yg aku impikan untuk mendapat pengalaman yg lebih dari sini tercapai amin..........
2010-Mengharap dan terus mengharap ....

Kepulangan Tetamu Allah

Salam dah lama aktiviti berblog ni dihentikan...akibat kemalasan+internet lembap jadi malas nak updated.Cerita ni dah lama masa jemput ayah balik dari KLIA Sepang.Kami semua pergi jemput ayah dalam 3 kelaurga mcm tu.Sebelum ayah tiba di KLIA kami sefamily ke NILAI...Ni idea aku ngan makndak aku la yg kaki shopping.Makndak aku ckp leh aku buat preparation sikit2 untuk majlis aku nanti beli apa yg patut.Memang patut pun....Membeli barang di nilai memang berbaloi-baloi dan bernilai-nilai...Apa-apa pun setengah souveniour utk tetamu dah aku beli dah harap2 cukup la untuk yg hadir...

Tuesday, November 10, 2009

My Wedding

Salam secara rasminya di sini mungkin aku punya big day on Raya Cina ni.Setelah ayah pulang dari Mekah so sempat la ayah rilek sikit untuk setllekan majlis kenduri aku nanti.Aku yg dok kena bising dgn makndak aku.Apa pun aku tak buat lagi...lengai sungguh aku ni..bertunang ari tu suka juga nak buat2 hantaran tu tapi utk majlis ni mcm malas x tau pasai apa...

Hantaran-dah beli sikit-sikit.
-side perempuan-(dah dibeli& ditempah oleh en rizal)
-side lelaki-(dah dibeli & ditempah oleh aku)

Banyak lagi nak kena prepare.aku kaler tema pun x der dlm kepala otak.aku suka purple en rizal dah bosan katanya tunang hari tu dah purple tak yah la purple lagi.belah en rizal kakak dia ckp ari tu nak pakai gold belasah jer lah apa-apa pun.aku ada juga survey kat area alor setar dalam 2-3 minggu lepas warna burgandy cantik juga.....masih ada masa nak fikir ni untuk pakai kaler apa sebab thn depan kan majlisnya....

Makanan-ayah setlle heheheheh

Pelamin,baju dan bilik-mungkin gee glamour butik pilihan aku

Makeup-Of course aku nak kak min yg make up mcm dah serasi dgn dia

Baju akad nikah-ini aku tak sure nak ambi kat sapa gee pun ok ,teratak kasih pun ok...kaler mestilah pearl white!!!!warna yg aku idamkan dari dulu....

Monday, November 9, 2009

Lambaian Kaabah...

Salam lama dah aku tak menulis dalam blog ni dah bersawang semua ada dah.Sejak akhir2 ni aku sibuk sgt dengan program kolej aku.Ni pun baru masuk office setelah lama meninggalkan kerusi empuk aku kat office ni..Alhamduliilahh juga ayah aku dpt g Mekah juga tahun ni.Masa di Sunway Hotel(5/11/2009) aku dpt call dari adik aku bagitau ayah aku dpt g Mekah 8/11/2009 aku pun kelam kabut la memikirkan segala persiapan dia dan kenduri untuk ayah aku...So dengan secara tak langsungnya kenduri aku akan di buat pada raya Cina nanti.Lepas habis program Seminar Kerjaya tu aku tumpang Hanim balik kg.Hanim drop aku dekat jeti.Hari Jumaat famili adakan sedikit kenduri kesyukuran buat ayah lepas sembahyang jumaat.Alhamdulillah berjalan lancar.

6/11/2009-Pagi sebelum keberangkatan kami ke KL ada sedara mara datang berjumpa ayah.
Sebelum berangkat pergi ayah sedikit sebak aku tak tahu kenapa maybe sebab dia sedih pergi sorang kot atau sedih sebab terlalu gembira untuk menjadi tetamu ALLAH...Tapi aku sedih juga sebab mak aku x sempat pergi bersama ayah tapi ayah aku upahkan haji untuk dia pda tahun ini juga...Kiranya mak aku buat haji sama dengan ayah cuma dia saja yg x der...
Kami bertolak dalam kul 10.00 mcm tu.Singgah umah rizal dulu ambik dia.Kami sampai dalam lebih kurang pukul 9.30 sebab hujan sgt lebat.Sampai kami ke Putrajaya umah maklang aku.Kami bermalam di sana sebelum besok malam untuk hantar ayah ke Kelana Jaya.

7/11/2009-Dalam kui 6.00 ptg mcm tu kami bertolak ke Kelana Jaya
Jalan punya jem..Org punya ramai ..Yang menghantar lagi ramai dari nak pergi ke sana.
Alhamdulillah segala prosedur telah kami ikuti sampai ke saat akhir sebelum ayah berlepas ke balai berlepas.Tapi aku rasa pengurusan tabung haji sedikit kucar-kacir....:-(
ayah dlm pakaian ihram sebelum berlepas ke balai berlepas....



dalam khemah tunggu giliran pendaftaran(tgk pak ndak aku siap tidur x senonoh tui)












Wednesday, October 7, 2009

Mood raya lagi??

Dah masuk minggu ketiga lepas raya...mcm x der mood jer..Mood raya lagi ker? Mcm2 aku fikirkan..For my big day aku x prepare apa pun lagi.Insyallah ayah aku pun dpt g Mekah thn ni..Agar dpt menjalankan ibadah dengan sempurna...Tapi walaupun dah berapa Syawal yg pasti kat office aku ni masih ada alunan lagu raya lagi...Itu yg buat aku dok ingat umah je walaupun tiap-tiap minggu balik kg...Kalu tak sekarang aku dah kat Kedah.Itulah...bila dah lama kat sini rasa bosan plak dan mula menyesal tolak tawaran yg x mudah akan aku dpt lagi.Disini aku tak banyak belajar maybe di sana aku akan banyak belajar tapi itulah tak semua yang kita inginkan akan kita dapat...Bukan pangkat atau gred yg aku inginkan tetapi ilmu dan penigkatan diri yg aku perlukan.Kalau tak kenapa aku tolak tawaran itu kalau aku pentingkan pangkat betul tak pada kengkawan yg tahu pasal cerita aku tu...sebarang komen??

Sunday, September 27, 2009

Penyatuan dua keluarga

Majlis bermula awal pagi.Aku dah mcm lipas kudung.Mana hal dapur aku na kena uruskan.Diri sendiri lagi.Maklumlah aku ni dah x der mak.Kakak ipar aku la jadi org kuat.Mujurla dia leh harap.Tapi dia gelabah juga sebab ni first time dia handle majlis yg besar sikit la dari kenduri-kenduri arwah yg selalu kami buat sebelum ni.Tapi alhamdulillah semua berjalan dgn lancar.Kalau ada sedikit kekurangan harap di maafkan yer kepada famili En Rizal.Famili En. Rizal sampai lebih kurang kul 2.00 mcm tu la.Diorang dtg dalam 4 biji kereta.Semua famili diorang je yg dtg,diketuai oleh mama &abah,wan,abg long & kak long(satu famili)terima kasih kak long sebab tak balik raya terengganu semata nak dtg majlis kitaorg,kakcik &abg cik,kak chaq&abg chaq ..chik&makchik yg tgh tunggu hari ja time tu nak bersalim (raya keempat bersalin terus).... dpt juga makan nasi berempah ...

Hantaran

Ni segala hantaran yg telah berjaya disiapkan oleh aku yg x berapa berseni ni .....


Pihak perempuan kepada lelaki

Pihak lelaki kepada perempuan


Alhamdulillah......... 2 SYAWAL Pengikat Janji

Alhamdulillah....segalanya berjalan dgn lancar.Tanggal 21/09/09 aku selamat menjadi tunangan orang.Kepada semua sedara mara yang banyak mebantu terima kasih yg tak terhingga aku ucapkan.Walaupun penat tapi meriah sesangat.Maklumla cuti raya.Kebetulan bapa sedara aku yg menetap di Pahang pun beraya bersama kami kali ini.Takdak apa nak ditulis lagi.Kepada na yg nak tgk pic so ko layan je di sini.

Wednesday, September 9, 2009

Tarikh Keramat *09/09/09*

Alhamdulillah...pada tarikh tersebut semua kakitangan kerajaan memanjat kesyukuran yang tak terhingga di murahkan rezeki di bulan yang mulia..especially utk golongan sokongan....Semua kakitangan kerajaan sokongan akan dapat bantuan khas RM500.Walaupun aku ada dengar sok sek sok sek yg jumlah itu sikit sebab di bayar 2x tapi sebagai hamba-NYA kita patut bersyukur .Jadi kakitangan kerajaan marilah bersama tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi....

RM500
(Duit Raya)

Tuesday, September 8, 2009

Raga Oh Raga

Salam dah banyak hari tak menjengah ke sini.Takder mood nak updated sebab intenet cam apa ja kat office.Sebenarnya hari ni kat office time rehat tadi aku sempat menyiapkan raga aku tu.Takder banyak pun sikit ja.Raga tu dapat disiapkan x sampai 5 minit pun cuma kat rumah malas nak buat ja .Kelmarin aku sempat juga buat bunga dulang dgn office mate aku.Tq as sebab tolong akak...ini hasilnya yg belum di hias sebaik mungkin..
dalam raga tu la bunga yg telah berjaya aku siapkan dgn asmida


Ini la raga yg tak sampai 5 minit aku buat..(abaikan raga yg sebelah tu yg ada segala macam dalamnya)


Wednesday, September 2, 2009

blueberry chesstart & cupcake



Tadi aku call sorang kakak tu sebab nak order cup cake and blueberry cheestart sempena majlis aku nanti.Nasib baik akak tu sanggup nak ambik lagi tempahan tu.Risau juga aku mana nak carik kalau balik kedah nanti aku dah tak tau mana nak cari benda tu.Tambah2 time dekat nak raya.Apapun tima kasih kak syadah yg baik hati sanggup terima tempahan lagi..Sehari sebelum raya aku g ambik order tu dekat bayan lepas akak tu cakap.Kalau aku tak jumpa tempat tu aku suh ja dia hantar.



Cuti Merdeka

Cuti bersambung sempena merdeka hari tu memang best.Apa taknya aku suka la sebab dapat berbuka puasa kat umah yg jenuh dengan makanannya.Aku suka berbuka kat umah sebab umah aku ramai.So mcm2 makanan ada direquest oleh org2 yg berlainan especially anak2 sedara aku yg dua org tu..Ya la bdk tgh nak belajar puasa so mak dia pun layan la...Yang teruknya kakak ipar aku la...Bersilat di dapur di bantu adik aku dan aku....

Sungai Petani

Balik weekend lepas en Rizal dtg ambik dekat Bukit Mertajam sebab aku kena setlle kerja kat sana.Ptg juga la baru leh keluar dari B.M.Awat punch kad dekat B.M lambat bangat....Jam aku dah tunjuk kul 5.00 tapi jam punch kad belum lagi.Kami balik tu on the way berbuka dekat kedai kesukaan en Rizal dekat S.P.Kami selalu gak makan kat situ.Leh tahan la makanan dia.Menu kami ptg tu sempena pertama kali berbuka bersama nasi putih+sup tulang,paprik seafood,sotong goreng rempah dan aku order chicken chop black paper sauce (kegemaran aku nih...) +air tembikai .Booking siap2 ingat lepas tu nak beli kuih ke apa. tapi... hampeh jauh plak..so cancel..En Rizal ajak singgah kat Jakel dulu beli kain utk hantaran..Takder yg aku berkenan pun...Yang bahagian exclusive ada la RM 380.00 he he heh Boleh ke En Rizal?Tak boleh mahal sangat katanya..Memang pun kerja gila beli kain bapak mahal mcm tu...Pastu kami terus g kedai yg dah dibooking makanan tu.Sampai ja makanan dah terhidang....Apa lagi azan berkumandang settle semua.

p/s:Pic ader kat phone En Rizal bateri aku lupa charge..hu huhuuh uh

Thursday, August 27, 2009

Ramadhan 2009

Kelmarin lepas balik office aku g beli makan dekat Bazar Kg Melayu.Banyak gak choice kat situ.Sebelum ni aku tak pernah tahu kat situ ada bazar Ramadhan tapi kali ni aku dpt tahu dari officemate aku situ ada pelbagai juadah.Pelbagai pilihan sampai naik buntang biji mata aku dok cari makanan untuk berbuka.Macam2 ada...Yang seronok nya Cina,India & bangsa lain pun sibuk membeli 1 Malaysia la katakan.....Juadah aku semalam pasembor penang ,daging masak hitam,sambal bilis goreng kacang+tempe(mebelos)tul....Balik umah aku goreng telur separuh masak tambah....Blurrr kenyang Alhamdulillah...Hari sebelum tu aku masak...So kelmarin malas dah nak masak g buat kat bazar tu la cepat sikit...... :-)

Wednesday, August 26, 2009

makan-makan@brasmana

Sehari sebelum puasa kira ptg jumaat la kan...Aku keluar ngan Rizal gi ambik angin dekat Kuala Perlis.Aku teringin sangat nak makan sotong goreng tepung kat situ.Tapi ini sahaja gamabr yg sempat kami snap sebabnya kamera aku bateri habis hu hu hu ...Kepada kengkawan "Selamat Menjalani Ibadah Puasa"
muka budak lapar


Sama juga kali ni aku letak pic hantaran untuk majlis aku raya ni yg baru siap tapak aku buat.Baru tapak je...Sebab kengkawan ramai yg dok tanya2 hasil yg tak seberapa tu ok la aku kasi la korang layan.Untuk sahabatku na layan ja la tapi takder la sehebat hantaran yg ko buat untuk abg long ko tu dan tak sehebat la pak abu yg bom bom tu...Tapi ini baru tapak ja nanti bila dah semua siap aku kasik korang tgk lagi k...



Inilah hasilnya...

Thursday, August 20, 2009

hantaran



Sejak akhir ni aku busy betul....dok siapkan hantaran utk majlis aku raya ni.Aku ni bukan pandai sgt nak buat semua tu tapi dah takder org nk buatkan pun so terpaksalah gagahkan juga buat sendiri.Aku suka sangat tgk kasih abadi punya design hantaran utk sarah dan lutfi dalam cari menantu tu.Simple but nice...Aku jenis suka yg simple jer...
Esok aku cuti sebab banyak benda lagi nak kena carik.Dah puasa malas aku nak berkejar sana sini.Nanti dahaga takleh minum......heheheeheh
Antara barang-barang yg aku kena all out cari kalau tak terbantut aku punya hantaran yg tak siap2 lagi..
  • riben
  • bunga dulang
  • glue gun aku(ganti en rizal punya yg dah aku letupkan)
  • rama-rama kecil heheheh
  • raga utk buah
  • lain-lain aksesori yg perlu

Hari tu aku dah beli semua pembalut, polistren,renda, kain organza ke apa ntah la.semua dah ready...cuma hiasan kecil-kecil ja yg belum.Kalau ada kengkawan yg nak komen atau tahu tempat mana yang murah area utara ni bagitau yer.....

ni pun sama juga simple but......sweet...



cantikkan????

Wednesday, August 19, 2009

WISHLIST

Banyak benda dalam hidup ni kadang2 yang kita inginkan tapi tak tercapai.Sama macam aku.Apa yg aku nak kadang ada saja halangan yg membantutkan kita meperolehi baik dari segi kerja.benda,makanan(yg ni selalu aku usahakan juga utk dpt) dan apa saja.Tapi sebagai hamba Allah kita patut bersyukur dengan apa yg kita ada.Ada orang lagi tidak bernasib baik dari kita.Tetiba aku dok bermukhadimah apa plak ni kan? Mesti korang pelikkan?Sebenarnya aku nak cerita benda2 kat bawah ni semua aku nakkkkkkkkkkk........Tapi tak dpt2 lagi tapi akan aku usahakan jua.


Dari zaman belajar lagi aku impikan benda ni..... tapi tak tercapai sebab aku dah ada komputer dulu tapi pada20/6/09 aku dah tercapai memilikinya heheh ee heh terlambat plak updated.TQ sesangat to en Rizal yang tolong mensurvey benda ni dan meringankan kos aku utk benda ni hehehehehe sayang sangat muahhhh....


Jam oh jam.... Dah lama mengidam jam ni...En rizal ingat janji awak pada kita.. hehehehhehe






aku saja letak pic nurfarahin bukan sebab aku nak dia tapi sebab dia pakai tudung yg aku suka from DEZAHRA....hu hu hu..tapi aku tak tercapai lagi benda ni sebabnya RM120.00 korang rasa berbaloi tak...dah banyak hari aku dok terfikir nak beli or tak.Sampai termimpi2 aku dah pakai tudung tu.Nafsu nafsu..itu lah pompuan. Tapi cantik la kain dan corak dia...



Aku nak sangat perfume ni tak tercapai2 lagik...Kena tunggu rougeberry aku tu habis dulu baru leh beli yang ni.

























Monday, August 10, 2009

NEKAD

Apapun aku dah nekad...Ya Allah berikan aku kekuatan di dalam membuat keputusan ini.PNM Pasti Nekad Maju.....he he h eh eh.x sia2 aku g induksi...

Friday, July 31, 2009

KeLiRu

Keliru...keliru...keliru...

Aku amat keliru dengan keputusan aku.........dah lama aku tunggu offer tu ........tapi tang status dia aku x berapa suka.........aku buat keputusan yg nekad...tawakal kepada allah dan insyaallah....aku yakin rezeki itu ada dengan kehendakNYA........

Wednesday, July 22, 2009

Taklimat Kolej

aku buat sesi tanya soalan lepas habis taklimat so sapa dapat jawab dapatla hadiah........ yang bagi hadiah tu pembantu aku....
nampak kecik ja aku......





Dah lama aku tak masuk at sini..Sejak2 ni aku busy sikit...Hari ni aku diberi tugas untuk memberi taklimat kepada pelajar baru yang telah mendaftar semalam.Seramai 80 orang lebih telah mendaftar pada semester ini.Alhamdulillah taklimat telah berjalan dengan lancarnya...So layan je lah gambar yang telah sempat di ambil......Layan......



Thursday, July 9, 2009

persidangan pulak...

Dalam 2 hari lepas aku dapat surat dari HQ kena attend persidangan dekat angkasapuri 10-11 Ogos ni.....Penat balik induksi tak habis lagi kena pi KL pulak..Apa pun pergi la dah nama pun kerja "Yang Menurut Perintah"...Lepas tu kelmarin senior aku dekat KK Arau bagitau ada pulak taklimat PTK dekat taman budaya kesenian dan kebudayaan dekat Jabatan Kesenian dan kebudayaan di Alor Setar pada 14 Julai tu..Bertalu2 kena keluar...Actually surat aku tak sampai lagi cuma my senior ckp yg dah di fax kepada dia nama aku ada........wahhhhrghhhhhh tapi aku suka coz benda tu kat alor setar ja....ha ha hah a(gelak jahat)
Hari ni aku kena balik Kulim..Temankan kakak jia..sebab paknjang dan maknjag aku nak g KL tgk Nazri yg dekat Universiti Pertahanan tu...Temanlah sian plak dia tinggal sorang2...
Plan aku x nak balik minggu ni sebab hari Selasa hari tu Rizal datang sini so malas dah nak balik..

Minggu kesibukan kolej aku akan bermula pada21-24 Julai ni...Budak baru dan lama akan masuk..Aku dipertanggunjawabkan sebagai AJK sukan dan LDK para pelajar...best ni nak buat sukan2 nak kenakan pelajar ni...
Apapun selamat datang kepada pelajar KKBU sesi Julai 2009......

Wednesday, July 1, 2009

MORIB...MORIB...

Bersama En Ramzan dan isteri orang kuat AIM
si tonggeng dan firman

Puteri-puteri ulik mayang dan seorang putera


Sukan apa ni yg kitaorang tgh tunggu....????



Dengan nida sebelum aktiviti sukan...




Ni masa bertungkus lumus siapkan assigment grouping...












Ni pic masa kena terjun sebab menang....logik ker? dah menang kena paksa terjun kolam

Dah lama aku tak singgah kat sini...aku g kursus hampir 2 minggu di Morib Selangor...
Best gila walaupun penat....mcm2 kenangan terindah ada di sana...
Induksi kali ni seramai 70 orang lebih.Dari merata pelusuk gunasama datang berinduksi di Pantai Morib...

Selama 2 minggu itu juga mcm2 hal jadi....
Kepada kawan aku Erin tabahkan hatimu...
aku pernah diduga sebegitu..terlalu perit menerima kenyataan org yang paling kita sayang pergi untuk selamanya....
Hanya doa yang diiringi membantunya di sana....

Dua minggu yang penuh dgn jadual yg padat buat kepala aku jadi serabut dan sesak..tapi dalam serabut tu ada kekuatan utk ukhwah yg erat dikalangan rakan....
SYABAS kepada AIM consultant yang diberi amanah untuk membentuk seramai 70 orang warga PNM berfikir sejenak tentang "TEMAN SEJATI" dan pemikiran positif....dan paling tidak dilupakan "CICKEN DANCE"....yang boleh jadi mata segar bila dah dengar muzik dan pergerakkan yang wahhhhh comel sungguh semua warga PNM bergelek........

P/S :pic x sempat upload nanti aku upload....

Monday, June 1, 2009

CUTI

Lepas kerja hari Jumaat tu aku balik kg...cam biasa org punya ramai...kat jeti...aku silap percaturan...patut hati rasa cam nak balik ngan kereta ja...Sepanjang jalan jem...dari nak ke jeti sampai nak beli tiket...nyampah tul aku...bila nak pindah seberang NIH.....................

Sampai alor setar dalam 7.40 cam tu... aku sampai ja terus balik umah dah letih wei...letih ngan berimpit2 bukan letih perjalanan...

Sabtu
Aku plan nak g Padang Besar...Tak jadi...Sedih tul...Tapi adik aku ajak g baiki gelang dia so aku temankan ja...
Cuma aku dikenakan oleh adik aku yg last tu..Dia call kak hang kena tolong...awatnya aku tanya...Mai Jitra dia kata ..aku g la
tanya dia kat mana...rupanya dia pow....aku nak beli kasut futsal...hampeh tul bdk ni..
aku sian plak bila dia minta nak beli lagi pun bukan selalu aku belikan kat dia..tapi harga dia tu leh tahan la ...kak pun tak pernah pakai kasut semahal tu dik oiiiii....NIKE RM 179.00+stokin 16.00=195.....
Gulpppp.... rentas duit aku RM200...5 hengit tu boh minyak motor skuter adik aku....g Jitra
Adik aku yg pompuan tu ckp aku manjakan sangat si on tu...bukan manjakan tapi bila aku fikir dia x der mak sejak umur 12 thn aku jadi kesian kat dia ...takla semua aku ikut...berpada-pada la..Memang dia suka main futsall....dah mcm2 game futsalll dia joint...dan dah banyak hadiah juga dia dpt...main banyak....tapi biarlah dia "JANGAN LUPA BELAJAR SUDAH"

Petang tu lepas dah habis aku kena pow dek on..aku g makan bihun sup dekat Jitra...bihun sup paling best katanya org Jitra la....
Aku jumpa miza...my x classmate masa dip dulu.....tak banyak berubah dia...
Dah mengandung....tanhiah....
Miza dok Sarawak nga hubby dia ...Semoga kalian berbahagia....

Tuesday, May 26, 2009

weekend

Sabtu dan Ahad lepas aku tak balik kg..lepak umah paknjang aku kat kulim....lepak dgn kakak jia... jalan2 jj PERDA best juga...bosan tak tau nak buat apa... aku g jenjalan ngan cousin aku menghabiskan masa yang lapang...Lagipun paknjang aku takder sabtu tu dia g sekolah...Mak njang aku pun x der dia shiff pagi so kami mcm x tau nak buat apa g jenjalan ja la...G JJ aku beli cadar so sweet...murah jer ada sale...he he he he he.....


Ahad pun sama lepas makan tengahari aku g umah toknganh aku kat Sungai Kob...Lama aku tak ziarah dia...Actually Tok ngah aku ni mak mertua kepada pak njang aku...kami pi umah dia apa lagi aku belasah buah kuinen sampai penant...feberet aku la buah tu...biar penat jangan putih mata...ha ha ha haha

Tuesday, May 19, 2009

konon diet



hari tu balik..weekend aku plan nak diet la kan...tapi nak juga aku gi Pak Hainan kat tempat aku apa lagi hancur la diet aku...aku dah lari dari misi sebenar..
weekend tak g mana pun kuar jap ja..g celcom settle akaun apa la aku g makan dekat Pak Hainan dgn Rizal...

Friday, May 15, 2009

balik weekend and diet

Hari ni cam biasa g office...teruja sikit coz minggu ni aku balik..paknjang aku jemput dekat butterworth....aku balik ngan dia sebab tok aku pun ada sini..Tapi yg sedihnya minggu ni aku tak sempat jumpa rizal coz 2 hari tu dia kerja...ermmm sadis tulll..he he he semua tak kena aku ni kerja pun salah x kerja pun salah...tapi aku tak kisah asalkan dia senang dgn apa yg dia buat..tu la maybe ahad baru leh jumpa..camna niat aku nak makan kat pak hainan ni...aduh...mesti tak jadi ni...

Pagi ni... aku bekpes epal+orange and air kosong ja ha ha ha diet la konon.. aku nak ajar perut aku ni jangan terima benda berat sangat pagi...kalau tak aku belasah ja...nasi lemak,bihun sup,bihun soto semua ada...
Tengahari aku g SUBWAY ngan member aku belasah chicken terrayaki satu set...blurpp kenyang...ok la sampai ptg kenyang ha ha ha

Malam...aku tak sure dah aku balik ngan paknjang aku nih...kang ada ja dia nak belanja..tgk dulu aku kena kuatkan semangat tahan misi aku nak diet..


tu la aku dah tak sabar nak tunggu kul 5.00 hu hu huh nak balik waaaaaaa rindu tempat tidur aku kat umah...he hehhehe

apa-apa pun harap selamat sampai alor setar..

Thursday, May 14, 2009

Sepetang bersama aku

Dah petang2 ni bosan pun ada.. layan la.. apa yang patut..aku mcm biasa la
mentenet,bergosip ngan kawan lama semua ada..tapi yang pasti ari ni aku dah nak mula misi diet aku kembali...badan aku nak kata gemuk tak sangat nak kata kurus banyak la juga baju lama dan sendat...yg pasti dah tak comel mcm dulu(perasan)
minggu depan aku nak mula diet aku tu...ada kawan nak support.Actually dah banyak kali aku diet tapi tak jadi2 ada saja godaan yang datang melanda...Hopefully kali ni menjadi...nak pakai balik baju kebaya aku yg dah sendat dalam almari hu h u huh h....

Wednesday, May 13, 2009

kerja ..kerja..kerja..

Ari ni cam biasa aku masuk office..Pagi2 dah check email tgk kot ada apa2..Buat kerja sikit...Setlle semua...Aku dah tak sabar nak balik jumaat ni...Maklumlah minggu lepas aku tak balik so minggu ni excited sikit...Padahal bukan aku tak pernah balik...
Dari semalam aku teringat nak g makan nasi lemak Pak Hainan Kopitiam (nasi lemak + teh ais dia kow sangat2!!!!!)kat Alor Setar tu tak tau kenapa.Weekend ni aku plan nak pi makan situ..he he he he...
Apa yang best erk??X der yg best pun...warga kolej aku dikejutkan dengan pertukaran pengarah aku dan ketua jabatan aku yang akan berpindah..Kami akan kehilangan dua org dalam kolej sekaligus.....Tunggu pengganti baru..
Aku teringin juga nak pindah tapi bila mengenangkan kat Kedah takder kosong batal niat dulu la...
Kelmarin aku ubah kedudukan office aku meja dia lain sikit la...So berwajah baru!!!

Monday, May 11, 2009

Quensbay


Weekend ari tu aku tak balik kampung....malas ngan letih lagipun masa 1 Mei tu aku dah cuti panjang...So kali ni aku lepak ja kat umah sewa..Ari Sabtu cam biasa badan rasa mcm nak demam..Aku dok berbungkus jer atas katil...Petang sikit baru g TESCO cari barang umah sikit buat stok makanan..Petang la baru balik..Then malam sikit layan tv,makan and tidur..
Ahad tu pun sama pagi hujan ..aku basuh baju yg dah berlambak tak basuh...Hujan turun la pulak then aku pun mcm bosan pasang niat g Quensbay...Dalam kul 2.00 mcm tu aku g Quensbay cuci mata dan shopping apa yg patut,...Orang punya la ramai..diorang ni time aku nak gtime tu plak ramai...hu hu hu..



Merata2 sepanjang dalam Quensbay ada saja promotion sempena "Hari Ibu" Sayu hati aku mengenangkan hari bu.....kalau semalam genap la mak aku meninggalkan aku 3 tahun...10 hari Selama 3 tahun ini juga aku melayari hidup tanpa seorang ibu..MAK aku rindu MAK......

Sebenarnya aku tak sangka secepat itu mak akan meninggalkan aku...
Itulah ketentuan-NYA...Aku perlu tabah dalam mengharungi semuanya...
Emak insan yang paling dekat dengan aku...Segalanya aku mengadu dengan emak...Sampaikan hari dan detik di mana emak disahkan meninggal dunia ,aku rasa dunia aku gelap dah aku rebah di penghujung katil emak berada...Longlai dan lemah tubuh ini....
Terlalu perit untuk di ceritakan dan aku rasa tangisan aku sudah tiada bunyinya...
Bukan mudah untuk aku bangkit semula..sebulan lamanya...aku mcm org gila..sampai aku terpaksa ambil ubat penenang selepas kematian mak aku....Setiap malam aku menangis kerana terlalu sunyi dan merinduinya...Mengenang adik2 aku lagi membuatkan hati aku sayu dan tidak kuat untuk semua itu...Namun pada semangat aku bangkit hanya kerana hanya satu malam emak aku datang dalam keadaan yg cukup manis,bersih dan tersenyum memandang aku...Bila aku rujuk pada seorang ustaz dia memberitahu aku bahawa emak aku bahagia di alam sana..dan tugas aku sentiasa dokan dia ....

MAK anak-anak mak tak pernah putus doa utk MAK di sana......
Selagi hayat ini ada, doa ida sentiasa mengiringi MAK di sana..

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Bonda tercinta

Teh Binti Othman


Yang Telah Kembali ke Rahmatullah pada 10/4/2006

Dan di tempatkan dikalangan orang yang beriman....

....Al-Fatihah.....

Wednesday, May 6, 2009

Hari ni mcm biasa buat kerja...pagi2 lagi aku sibuk dok buat surat menyurat yang tertangguh kelmarin..aku nak settlekan juga yg tu..PC aku kena virus plak...lembap satu hari...tapi aku dok cari penyelesaian plak leh la juga guna trojan removed tu..tapi alaih2 aku punya sistem tak leh buka...huh.. g office dua bdk pakar IT takder,sorang g kursus sorang demam dapat MC...Esokla jawabnya nak kena buat PC ni tunggu pakar IT pakar EKONOMI...HE HEH HE..... Hari ni aku dok setlle LO yang dah siap...Ok takder yg best pun... ingat petang ni nak g CHOWROSTA nak cari tudung da da da.....

Monday, May 4, 2009

Lepak MJ

Masa cuti lepas aku g jumpa abg kamal my x officemate masa kat DXN dulu.Lama tak jumpa dia and wife dia.Dah gumuk abg Kamal..Aku jumpa dia ada hal sikit yg dia nak tolong aku berkaitan masa depan aku ngan seseorang...he he he...harap2 dapat la dia tolong.Lepak2 dekat MJ Jitra dalam 2 jam juga.Sembang2 perkembangan terkini dia and wife.Actually kat siti dah dapat balik Kedah awal tahun aritu.Dia dah berhenti ASTRO dapat kerja dekat kilang lama aku dulu.Katanya dia menurut perintah ikut cakap suami pandai abg kamal cari isteri patuh...he he hehe.Abg Kamal ni sebenarnya abg yg paling baik dengan aku kat DXN dulu...Baik sesangat...Aku tak pernah bawa Rizal g jumpa dia pun selama ni so, kali ni ada masa kami jumpa sembang2,makan dan bergossip panas......Apapun malam tu memang best...seronok sekali sekala jumpa...Dan tahniah untuk wife abg kamal coz dia dapat interview KPLI untuk intake JUN ni..Good Luck...

cuti ....

29/04/09 aku kena g KL ada exam jabatan....ari selasa pagi tu aku bertolak dari penang g KL.nAIK BAS KUL 11.30 camtu.Dalam kul 5.00 lebih kurang la sampai.lambat mcm siput.Masa sampai aku tunggu member aku dari KK Chenderoh.Dia naik bas kul 2.30 sebab dia kena g office dulu.Alih dalam 20 minit aku tunggu dia call bagitau bas dia lewat,Aku apa lagi terus fikir nak g SOGO la.Dari aku lepak dekat PUDU baik kau g SOGO cuci mata.he he hehe he....Dekat SOGO punya ramai makhluk KL NI.Aku jalan2 dalam SOGO ada sale ermm berbaloi aku datang....Apa lagi dalam tak der duit tu sempat juga aku rembat handbag...nasib la...


Dalam 6.00 lebig member aku sampai then kami terus g ke Cheras naik LRT turun Maluri.Actually aku tak pernah g tempat ni.. tapi dari petua kawan aku dikja aku belasah ja...Penat juga aku sampai kat situ dekat maghrib...teksi takder...bas pun tader...apa lagi aku ngan kawan aku buat gila jalan kaki...wah wah wah leh tahan juga la...rasa nak tercabut kaki aku ...tapi akhirnya kami sampai dengan selamat ke tempat penginapan yg kami dah booking tu...



Esok tu exam bermula..gelabah ada takut pun ada,sebab aku tak study...he heheh eh..malas kedua tak sempat.. minggu lepas aku duty sorang pembantu aku g kursus sampai dua minggu so mcm2 hal aku buat sorang..sebelum ni ada assistant.Apa lagi pagi tu aku belasah ja jawab...aku tawakal ja..kalau lulus alhamdulillah..kalau tak ambik lagi sekali..ha hah...

Lepas habis exam aku terus balik tapi tiket bas aku kul 6.00 apa lagi g SOGO lagi...bukan apa itu jer dekat kang aku g KLCC KE Sungai Wang ke terlepas bas pulak.Orang punya ramai..aku tak heran redah jer...kali ni nida joint aku sebab dia nak g beli barang juga..aku dok tgk kasut leh tahan la tapi sedihnya aku takder size...nida dah rembat 3 pasang aku sepasang pun tak beli...nak buat mcana kaki comel sgt..



Dah dekat kul 6.00 nida,su and yangpa ikut aku balik PUDU..Diorang lepak kat PUDU dulu,tiket aku kul 6.00 aku naik sebelum tu la tapi hampeh bas jalan kul 6.30.Kali ni aku naik bas JELITA dua tingkat takut juga bila kenangkan bas AB Express 2 tingkat yg kemalangan tu.Dalam hati aku berdoa ja... jangan jadi apa2...Alhamdulillah aku selamat sampai tepat kul 12.30 malam.Sampai Alor Setar cam biasa driver aku dah ada he heh heeh..aku letih penat sampai umah ja mandi then terus tidur...Yahoo esok cuti...

Monday, April 27, 2009




........CAMERON OH CAMERON.........

Weekend ari tu aku g cameron tempat yg aku tak pernah g...na member aku gelak bila aku ckp tak pernah g cameron...lawak juga ..bila di ingatkan.
tak tau naper hati aku tak terdetik nak ke sana padahal sebelum ni classmate aku mida banyak kali dah ajak g umah dia kat cameron
Apapun kali ni aku dah sampai..kami tolak dari alor setar dalam kul 11.00 pagi mcm tu la ..mula ingat dah tak jadi coz ujan lebat gila..Last minute punya plan jadi gak

Dalam perjalanan pergi tu kami sempat singgah makan kat hentian kat perak untuk alas perut sebelum sampai ke cameron yang aku rasa jalan dia yg ermm bosan aku nak cerita...

Dalam kul 4.00 lebih kurang la kami sampai
kami redah ja sebab aku tak pernah dtg...hotel pun aku tak book..
sekali banyak la hotel penuh..
ada yg kosong harga tak berbaloi...betul2 nak untung diorang ni..aku servey last2 dpt juga hotel yg kira ok la bagi aku..
Lepas chek in kami rilek..nak mandi ngan g makan sebab na ckp malam tu ada pasar malam...sepanjang aku datang tu ada nampak mcm pasar malam tapi ntah tak tahu mana satu pasar malam sebab semua sama ja.. tapi aku yakin yg dekat tempat penginapan kami tu pasar malam.. kami g jalan kaki ja pasar malam tu..lepas tu kitaorang makan kedai dekat2 situ.. x nak g jauh2 takut hilang tempat parking..
Dah penat-penat jalan dekat sekiar kawasan tu kami pun dah tak larat so kami balik nak tidur dan layan astro...



Esok baru akan bermula ke destinasi yang mencabar di mana aku jatuh dekat ladang teh...ha ha ha ha ha tunggu.......


BUKAN MAIN AKU POSING NI BARU LEPAS JATUH

Cerita aku jatuh kat ladang teh tu...aku sebenarnya dah banyak kali jatuh dengan kasut hitam kesayangan aku ni...Aku pun tak tau mcana leh tergelincir and jatuh .dalam aku dok berjaga2 mak oiiii mcm nangka busuk aku jatuh ....Dah la aku jatuh meluncur ke bawah he hehee.Rizal kata mujur tak jatuh ke bawah lagi kalau tak aku dah dok dengan org asli...jahat tul dia... tapi masa aku jatuh tu aku gelabah siut...habis jeans aku kotor depan tu..tu yg plan nak g Quensbayy tak jadi tu coz jeans aku kotor....hu uh uhu hu..Tapi ok la..Nasib baik rizal tak rakam adegan aku jatuh kalau tak mahu setahun dia ngan adik aku dok cerita pasal tu.....



SELAMAT HUJUNG MINGGU 9/2 /2020

Sudah 2020 kan..lamanya x update blog....bukan dh bersawang  malah lebih dari itu....hari minggu kawan2 buat apa p mana...mcm biasa hari min...