Tuesday, October 19, 2010

Terengganu

Bulan 9 hari tu jabatan aku buat satu lawatan penanda aras ke KK Kuala Terengganu...Lawatan ini diadakan adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana perlaksanaan KK tersebut di dalam menjalankan aktiviti di samping melihat sebdiri dengan lebig dekat bahagian pengurusan dan pentadbiran dan lain2 yg boleh di ambil sebagai salah satu contoh untuk di aplikasikan di KKBU sendiri.Kami bertolak dengan sebiji bas .Seramai 28 orang staf telah terlibat dengan lawatan penanda aras tersebut.....


Wednesday, August 18, 2010

Salam Ramdhan

Salam ramadhan buat kengkawan semua...Dah lama aku tak menulis dalam blog nih.. virus .malas sudah menyerang diri..Seperti kebiasaan ini kali ketiga aku menyambut ramdhan di penang huhuhuhu sedih .......Sedih sebab jauh dengan famili lagi pulak ini ramdhan pertama aku bergelar seorang isteri..ampun yer abang x dapat masak tiap2 hari...Life berpuasa kat Penang simple jer kadang beli kadang masak...(kalau rajinla)

Thursday, July 8, 2010

Welcome Nur Aqilah & Syaz Rayyan Zafri......





Selama ni aku dok selalu sembang dengan na selalu sangat  dalam ym ,fb or dalam blog.na lah kawan yg membuat aku mengenali dunia blog...tapi........tiba2 mcm dia takder plak dalam seminggu nih...rupanya kawan aku dh selamat melahirkan seorang baby girl tahniah na dan cawan.Gambar di copy dari fb Iz Chawan maaf yer i copy and paste jer.....So sweet baby girl korang...na aku tgk muka dia sama mcm ko tgh tidur jer....Tahniah juga aku ucapkan kepada kawan sebilik,sepinggan,sekepala,seketegaq aku linda yang selamat melahirkan Shaz Rayyan Zafri.....Nanti auntie  ida g terengganu kita jumpa Rayyan k.....

BLOG.....

Today kelas Pembangunan Blog.......

Tuesday, June 15, 2010

NaK KuRuS.............

Asal org jumpa jer mesti ckp wah gemuknya ida ,gemuknya maklang ....sihatnya kak ida (nama utk panggilan aku..)aku dah gemuk sakan.....meluat rasa nak beli baju sbb baju dah berubah ukuran sizenya.......uweeeeeeeeee tak suka benci......mcm2 nak makan untuk kurus ada tak kawan2 yg tau apa produk yg boleh menguruskan badan hahahhahaha plzzzzzzz sharing is caring......

Sunday, June 13, 2010

BeRcUtI Di LaNgKaWi LaGI Uweeeeee.....

Cuti wesak day haritu aku bersama keluarga mertua ke langkawi rumah kak cik anim di langkawi...tak banyak tempat yg kami pi sebab semua tempat org punya  ramai.Plan kali ni nak pi naik Cable Car tapi x kesampaian sebab org punyalah ramai tak larat den nak menunggu...Jumaat ptg tu kami pi Pantai Pasir Tengkorak makan2 mandi -manda.Hari berikutnya kami ke Cable Car tak naik sbb ramai jadi g layan rusa dan arnab saja hahahahhaha.Hari ketiga kami pi Galeria perdana jalan2 dalamm tu wah sungguh besar hingga lenguh kakiku menapak di dalam gleria itu....Picta sepanjang kami di langkawi.......


Thursday, May 13, 2010

Jumaat yg tenang

Wah....dah lama tak tulis dalam laman  ni malas+internet prob = blog x updated.Minggu ni aku kena kerja "SAYA YANG MENURUT PERINTAH" untuk majlis Konvokesyen Wilayah Utara kali ini sebagai pemandu lulusan pelajar.Kali ni Majlis tersebut akan di adakan di Dewan Wawasan Jitra Kedah.Suka juga bila buat kat Kedah dekat dgn umah eden....hehehehhe..Minggu ni kami agak bz la di kolej mana dgn kak ina [un bz dok buat itu ini untuk memastikan segalanya berjalan dgn lancar.Aku ditugaskan untuk mencari supplier bagi sketing pada meja pendaftaran ketika majlis berlangsung.Segalanya aku uruskan dan telah berjalan dengan lancar.Hari ni aku kena balik awal sebab nak pi tgk proses pemasangan yg akan di buat oleh DMT Even Management.Dua hari aku kena bekerja tapi Isnin kami semua dapat cuti yahooooooooooooo.....ok la kan  dari x dak langsung......ok nanti aku updated picta2 aku disana k.....

Saturday, April 3, 2010

backdated punya cerita ok :-)

Kan haritu lepas kawen aku dh plan nak g honeeymonn ke langkawi.So jadi juga pada mulanya ingat tak jadi tapi alhamdulillah suami aku kata on dan dia dah ambik cuti panjang so bolehla jalan2 lama sikit.Bila dah menjengah ke langkawi tu apa lagi duit pun banyak la yg terbang.Aku dok gila beli pinggan mangkuk dia yg mcm2jenis tu.Penat la juga husband aku dok ngusung naik feri.Next time nak g lagik nak beli banyak lagi untuk disimpan hahahhahah.(laki aku cukup marah bab beli pinggan buat simpan dalam almari):-)

Antara2 picta kami sepanjang di langkawi.......

side my husband






Majlis side aku

Takdak benda nak updated aku updated sekitar majlis perkahwinan aku yg lepas....terima kasih pada kawan2 yg sudi hadir memeriahkan majlis.sedara mara aku yg susah payah tolong.especially untuk makndak aku dan pakndak yg siapkan mkn pengantin utk aku memang world lah...untuk sepupu aku yg siapkan puding untuk meja makan pengantin kak na jasa baikmu akan kuingat sampai bila2 siap cawan puding dia hilang lagik..tak guna punya manusia semua nak bedal nasib baik kak na x suruh aku ganti kalau tak mana aku nak carik......

udah berabuk..........

weeeeeeee dah lama x menulis dlm blog .cerita pasal kawen pun x sempat nak updated bz sangat kah aku?huhuhuhu.alhamdulillah majlis aku yg lepas telah selamat berlangsung secara sederhana tapi meriah.kehadiran kengkawan sedikit sebanyak memeriahkan majlis aku pada 13.2.2010 yg lepas.setelah hampir nak masuk dua bulan usia perkahwinan kami aku kini bahagia di samping suami dan keluarga tercinta.Mcm x sangka aku dah kawen.masa cinta2 asyik merajuk jer dh kawen tak reti plak nak merajuk pasai apa hah?

picta akad nikah....

Monday, February 22, 2010

sedikit pic kawen bukan dari kamera professional

mimi,angah,along,aku dan adik mija
anak sedara dan bapak sedara cikgu rodzali

gedik santai


tadaaaaa ni pic kawen aku dari kamera sepupu sikit jer x banyak pun pic dari kameraman x siap lagi.

Thursday, February 4, 2010

Hari ni kita sukerrrrrrrrrrrr.............

Today last day kiter kerja before cuti panjang sukanya.Why????semalam adik call bagitau kain telekung yg di sponsor oleh kak siti dari kelantan dan sampai..Kedua tag terima kasih kita dah siap.Supplier yg selalu deal dgn kita utk majalah tu leh terima order tu saat2 akhir tq la ah keong ...
mula dia designkan utk kita mcm gini kita x berapa suka la



ni design yg kita nak tu  kita suh dia buat design cam gini kita sukaaaaaaaa akhirnya deal!!!!!!!
korang tahu tak kenapa kita suka yg ni sebab kaler dia dua jer yg atas tu main 3 kaler budget sungguh aku nih...heheheheh

Honeymoon!!!!!!!

Wah belum kawen dah gatai nak  cerita pasai honeymoon .Haih tak pa kita merancang tuhan tentukan .....Mula kita plan nak g jauh sikit terengganu nak jumpa kawan kiter yg dekat terennganu tu sebab masa majlis kita nanti dia x dpt dtg .adik ipar dia kawen sama date dgn kita.Tapi en rizal x setuju katanya duit dah banyak habis dekat2 dah la atau kita g bulan 6 nanti katanya.Kita merajuk lambat bangat bulan  6.Ermmm untuk menyejukkan hati tunang dia yg mengada2  nih dia setuju nak bawa kiter g Langkawi.........ok lah langkawi pun lagkawi lah.Tapi itu tak sure lagi kalau ada kiter update pasai langkawi kira kita g la.kalau x der updated kita honeymoon dekat penang and anak bukit jer(umah mak mertua)..........

Apa akan jadik minggu ni

Minggu ni minggu yg paling sibuk bangat.Aku kena siapkan semua paper beg aku yg belum diikat dgn riben.Transparent box yg nak letak muffin tu lagik.Paper beg lagik .Adoi dah la banyak kena set sehari seratus boleh?bolehker aku ni.....tapi tak pa aku ada org kuat semestinya adik kesayangan aku..hahahha mija ni kerja ko lah.....takper dia suka buat semua benda nih....kalau dia dengar mau dia ketuk kepala aku.dia suka keluar ayat mcm gini.(kak hang last minit banyak benda hang nak buat penin aku)....hahahahhahah sabarla dgn kakak mu yg seorang nih yer..


kotak mcm gini lah utk muffin tu ...kena ikat riben sikit kasi cun aku beli online nih
berani giler tak aku?hahhahaha ni second time aku beli online hari tu dah beli satu produk tu ok jer..selamat..



dua budak yg akan aku kenakan utk ikat riben tu

Nak tudung kawen cam gini

Dok carik tudung kawen yg cantik x jumpa2 aku feddup gila.tapi aku x der la all out cari tapi aku suka yg mcm gini.Ni koleksi dari vispera.......

hantaran oh hantaran

Tadaaaaaaaaa ini dia hantaran aku.bersusah payah officemate aku dan aku siapkan hantaran ni inilah hasilnya setelah di campak2 bunganya di atas gubahan hantaran aku yg  kaler dia aku suka bangat.hehheheheh....aku suka la walaupun korang x suka aku x kisah.Credit to hanim,nani ,siti ,izan and tini yg dok bagi idea di dalam menyiapkan  hantaran aku nih......


banyak tu jer yg larat upload semua ada 11 dah x larat+tenet lembap=inilah hasilnya ......

Yeayhhhaaaaaaaaaa

Yeay suka sangat2 hari esok last kiter kerja sebelum cuti panjang.Wah dah lama x cuti panjang.

masa utk sy mengspakan diri yuhuuuuuuuuuuuuu

saya akan kembali ke ofis mulai 24 febuari 2010

jemput semua kwn2 dtg ke majlis saya..

doakan majlis saya berjalan lancar ye

juga doakan kebahagiaan sy hingga akhirnya...

Betulke nak kawen?

Pejam celik pejam celik dah dekat warghhhhhhhhh takutnya.Gedik plak apa yg aku takut pun tak tau.Mcm2 sebenarnya.Aku dah buat persiapan kira dah hampir 70% ler.tapi hasilnya mcm x sama jer dgn 70% tuh.Sabor jer ler.Minggu ni balik kampung dah leh fitting baju.Nak jumpa akak yg dah order mini muffin tu juga.Ini last minit punya plan.Puas aku cari org nak buat muffin tu alih2 dekat kedah pun ada.Yang jauh sangat tu murah dan aku dah call tapi feadback mengecewakan.Last2 jumpa sorang akak ni dan dia sanggup bagi harga yg aku nak tu wahhhhhhhhhhhh suka bangat aku.



ini dia contoh muffin yg aku order dekat kak syadah http://shanajbakery.blogspot.com/

Pantang larang sebelum kawen patut ada 44 lagi satu tercicir penat taip malas dah nak taip...

  1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijab kabul untuk mengelakkan tohmahan  masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri(ini aku x leh buat takkan nak g fitting baju sorang owhh tidak.....)
  2. Jangan tidur di rumah orang takut terkena ilmu. Ia juga adalah untuk menjaga nama baik keluarga.
  3. Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik.
  4. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
  5. Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.
  6. Jangan bercermin terutama selepas Maghrib ke atas bagi mengelak diri dari terkena sihir
  7. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
  8. Elakkan minum air mengandungi gas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.
  9. Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki akan menghadapi masalah ketika bersama.
  10. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
  11. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat).
  12. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.
  13. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
  14. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga yang cukup sebagai persiapan.
  15. Amalkan makan telur ayam kampung dua kali seminggu yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.
  16. Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia untuk membuang angin.
  17. Belajar ilmu rumah tangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumah tangga aman dan damai.
  18. Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
  19. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.
  20.  Elakkan minum minuman keras dan merokok.
  21.  Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
  22. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.
  23. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
  24.  Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
  25.  Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
  26. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki
  27. Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelak unsur jahat.
  28. Jangan bercelak serta memotong rambut seminggu sebelum ijab kabul.
  29. jika sudah nikah gantung tidak boleh bersama.
  30. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan menghangatkan lagi kemesraan.
  31. Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak daripada dikhianati.
  32. Jangan buat kerja yang berat kerana apabila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi.
  33. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
  34. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
  35. Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
  36. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis. (dah tidur pun )
  37. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui orang lain bagi mengelak hujan turun ketika majlis berlangsung.
  38. Dilarang memandang cermin ketika disolek kerana dikhuatiri hilang seri.
  39. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
  40. Jangan makan leher ayam nanti dikhuatiri kepala senget masa bersanding.
  41. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
  42. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.
  43. Jgn makan bersulam ais nanti perut buncit
Semua diatas tu kalau korang rasa betul baca jer ler kalau x betui abaikan tapi aku rasa mcm ada jer yg x betui hehehhee...
 Tapi yg pasti aku gumuk gumuk dan gumuk

Wednesday, January 27, 2010

Tudung Kawen

Aku dok penin nak cari tudung kawen susah bangat nak carinya.Kang susah2 aku belasah jer tudung bawal hanbis cerita.Ermm butik yg aku ambik tu x der la plak tudung kawen lain dari tudung bawal.Mana2 kawan yg tahu ada tempat menyediakan perkhidmatan ini tolong inform yer...

Monday, January 25, 2010

kad sudah siap







Akhirnya kad aku dah siap..Lambat betui kedai tu aku dah naik gelabah.Mulanya dia ckp sempat last minit dia call bagitau lambat sikit sebab banyak order.Memang x patut betui.Kad kitaorang sempoi ja .Sebabnya ni kerja last minit padan muka sapa suruh tak survey betui2.Kad luar tu kami tempah yg dalam En Rizal buat sendiri konon nak tinggai kenangan la kad di reka oleh beliau ..hehehehe apa2 pun tq la sayang i hargai sgt2....

Thursday, January 21, 2010

Kerja Kawin


Bakul untuk tetamu yg hadir ..


anak sedara jadi mangsa letak bunga atas bakul kecik


bila dah ditempek bunga


bilik aku yg dah mcm tokang pecah.

2- 3 minggu ni aku stress sangat2 mana semua benda nak kena buat.Mcm2 hal.Adik aku kat umah pulak kena campak nak balik umah pun takut.Kalau takder majlis apa2 ok la ni my big day dah makin dekat Ya Allah jauhi la aku dari penyakit berjangkit...Minggu lepas g setlle hal baju,pelamin,meja makan semua.Abg gee pun dah dtg umah ukur untuk pelamin bilik dan meja makan.Dah setlle satu tinggai duit jer belum setlle yer abg g.Wazan Studio plak aku x confirm lagik untuk sahkan majlis aku sekian date yg dh di rancang tapi dh bayar deposit so takyah risau la.Bilik aku tak yah ckp la dah mcm tokang pecah segala mcm ada dah mcm stor simpan cenderahati kawen.Dua tiga hari di Penang ni aku siapkan hantaran aku yg tak tau nak hias mcammana tapi aku dok siapkan juga sikit2.

AKTIVITI DI KALA BOSAN



mcm terror la kan..
Wah lamanya tak menulis dlm blog ni..Busy??agak bz la mcm2 hal nak diuruskan..weekend lepas mcm biasa balik kampung.Setlle apa yg patut.Ptg Sabtu tu plan nak g tengok wayang dgn En rizal.Pergi dalam ptg mcm tu tiket dah habis huhuhuhuhu.Last sekali aktiviti ptg tu acara bermain bowling jadi kerja kami.

SELAMAT HUJUNG MINGGU 9/2 /2020

Sudah 2020 kan..lamanya x update blog....bukan dh bersawang  malah lebih dari itu....hari minggu kawan2 buat apa p mana...mcm biasa hari min...