Sunday, December 31, 2017

Rumah Ku Syurga Ku

Alhamdulillah dh beberapa bulan masuk umah sendiri...bulan 3 tahun 2017 kalau x silap...Plan nak pindah dh lama tapi kesian dkt kwn yang menyewa rumah kami...perlahan-perlahan minta dia cari umah sewa baru ,baru kami pindah lagipun dia di Jitra dgn anak dia ja..Suami di Sarawak..kesian plak rasa...Kami memang x dak barang sangat masa pindah sebab selama beberapa tahun duduk dengan mertua jadi nak beli barang besar-besar tu takla...Yang ada hanya tv kabinet,


tv dan katil lama yang konon2 ada sentimental value kata laki cek...Umah kami pun masih kosong x dak idea sebenarnya nak deko-deko walaupun pada mulanya sebelum masuk umah beria goggle tgk deko-deko kahkahkahkah...beria lebih bila dah masuk hampeh....Jadi selama beberapa bulan ni...ini je ler kejadian yg aku rasa agak cemerlang untuk org yg x kreatif mcm hakak ni....Kerusi sofa tu pun ihsan mertua..mak mertua nak buang dh kami ambik baiki...kedekut dak kami???? hahaha sebenarnya syg sebab kayu masih lawa jadi sayang asa nk buang....jadi kami ambik baiki balik...tapi rasa menyesai  plak baiki sebab harganya lebih kurang ja beli kerusi baru hahahahahha...tapi sentemental value kan ? kan? kan? layan ja laaaaa...............

Produk Review Luver 9 Majraha dan lotion Maxwhite Majraha best!

Produk Majraha ni dah lama di pasaran cuma,bukan artis yang menjadi model atau ikon produk makanya ramai yang tidak kelihatan akan produk ini,termasuk aku sendiri.Bila ada seorang kawan kenalkan rasa mcm jatuh hati plak...mula tu just terbau lotion dia ja.Seingat aku masa tu aku joint pasar karat kat jitra.sama-sama berniaga ...kwn tu dok sebelah aku juai..bau mcm best...tanya harga wowowo agak mahal pada mulanya rasa...Nak di jadikan cerita satu hari aku mmg dok cri lotion utk kulit aku yang kering...aku ni jenis ada masalah kulit tapak tangan yg kering dan mengelupas...tgk ada kwn promote terus order sbb nampak kesan pada kawan yang pakai tu...Memang best sangat u olsssssssss...wangi dan lembut saja di tangan bila sapu...dan yang pasti org akan tanya pakai perfume apa..padahal lotion tu dh bau serupa perfume....yang best lagi produk ni juga boleh sapu di muka tau...bkn badan saja... Okey Majraha Luver 9 plak adalah makanan tambahan untuk dalam perempuan...rasa dia sedap yakmat mcm masam2 manis..rasa mcm rasberry gitu....banyak sangat kebaikan suplement ni...masa mula minum lepas bangun tidur rasa kulit muka moist ja........ Rasa LV9 adalah terbaik kerana kita semua boleh minum LV9 yang sangat sedap dan manis. BUKAN sahaja untuk kulit wajah tp diformula untuk menyingkirkan toksik badan, mengempiskan perut dan badan juga menjadi ringan. KENA try baru tahu kenapa ramai repeat order. BILA dh try kena MAINTAIN minum. KALAU dah maintain minum, Insya Allah REPEAT ORDER. Yang penting positifkan fikiran dan set kan dalam fikiran saya nak sihat yang penting :) Sapa2 berminat boleh pm saya 012-4201367

Thursday, December 14, 2017

Khasiat Pokok Lemuju Dahulunya pokok ini tumbuh meliar di kawasan kampung.Tumbuhan ini penuh di halaman rumah kampung jika ada yang mengenali spesis tumbuhan ini.Namun begitu orang-orang terdahulu mungkin sudah mengetahui akan khasiat dan kelebihan pokok ini. Pokok ini tidak berbunga dan daunnya sedikit berbulu.Mungkin anak-anak muda kini kurang mengenali akan pokok ini dan khasiatnya yang dikatakan mampu mengubat pelbagai jenis penyakit dan juga boleh dimasukkan ke dalam masakan.Ada juga ditanam sebagai tumbuhan laman sebagai hiasan.Daunnya yang berbau wangi juga boleh di jadikan sebagai bahan tambahan di dalam masakan barat dan juga masakan itali.Ada yang mengenali nama lain pokok ini sebagai Cuban oregano,pokok bangun-bangun,mangun,kapor barus. Dikalangan orang india pulak mengenali pokok ini dengan nama “karipulewalei”.
Kini ada yang telah menghasilkan air daun lemuju ini di dalam botol dan mengkomersialkan sebagai penawar kepada masalah rambut. PETUA SAKIT KEPALA  Antara khasiat lain yang di dengari dari pokok ini adalah untuk ubat pening kepala,daun ini diramas-ramas bersama air dan air dari daun yang telah di ramas di sapu kepada kepala. BATUK  Bagi mengubati batuk ada yang meramas-ramas daun ini dan mencampur sedikit kapur makan di dalam air daun yang diramas kemudian air tersebut di sapu ke dada bagi meredakan batuk, tetapi ada juga yang merebus daun ini dengan gula batu lalu di minum sebagai penawar kepada batuk. DEMAM  Pokok ini juga boleh mengubati demam dengan mengambil beberapa helai daun pokok ini dan meramas-meramas daun tersebut,air dari ramasan daun tersebut boleh dijelum pada anak yang demam. ASTHMA  Untuk penderita asthma, pesakit boleh mengambil daunnya letak sedikit air gosok pada tangan sehingga keluar seperti buih hijau dan kemudian boleh disapu di bahagian dada dan belakang. MENGHALAU MAHKLUK PEROSAK  Bagi menghalau tikus atau cicak ,petik pokok ini dan letakkan pada laluan binatang tersebut bagi menghalau daripada makhluk perosak itu terus berleluasa.Ini kerana bau daripada daun pokok ini amat tidak di gemari oleh mahkluk perosak tersebut. Semua petua tersebut adalah datang daripada orang terdahulu yang telah lama menggunakan perubatan tradisional dari menggunakan ubat-ubatan hospital.Ternyata petua yang diberikan dapat digunakan kepada golongan muda kini yang kebanyakkan juga sudah beralih kepada perubatan secara semulajadi.

Sunday, December 10, 2017

Anak Fruit!

Lama sangat x update blog...kira last update pasai budak ni masa aku beli2 baju dia masih dalamkandungan ibu dia...la ni pun budak banyak akai ni dh nak masuk 4 thun dah thun depan...sat ja dh besar...bln 2 2018 dh nk dapat adik...alhamdulillah rezeki adik aku..aku ja belum rezeki baby..tapi anak buah pun rezeki juga kan kawan2...utk semua kwn2 yg baca doa2 la supaya saya juga dapat menjadi seorang ibu..amin...#8tahunttc....#sisokjer #siskenatabah

Belated Birthday ke 36!...

Lama dah ni dh dkt sebulan berlalu saja tempek sini sebagai kenang kenangan.....Alhamdulillah di beri peluang dan ruang untuk terus ada di muka bumi ini ketika usia 36 tahun ini...TQ Allah atas nikmat dan rezeki yang di beri.....

Aku rindu Penang!

Khamis lepas aku ke Bertam untuk ambil ubat.Dah alang-alang ke bertam aku plan nk p umah adik dkt Prai dua malam.On the way p singgah KK Sungai Petani ambik anak sedara sbb dia nak ikut sama.Sampai tmpt yg kami hajati tu dalam 2.3o mcm tu.Setlle semua kerja di bertam dalam 3.40 then terus gerak ke Perai.Sampai umah adik aku malam tu aku x g mana2 lepak je umah dia buat bihun goreng.Esok pagi baru kami bergerak ke Pulau...x kemana pun semata2 nak ke ropewalk je hahahaha sbb lapar telur goyang boleh mcmtu???Penang ni mmg syurga makan la...kalau hampa asa nak makan2 p penang....selama hampir 5 tahun di penang...mcm2 dh rasa...nk sbb rindu dua benda ni jer itu yg g makan ni jer dkt ropewalk tu....
terselit juga pic budak nih hahahhaa........

Wednesday, October 25, 2017

Majlis konvokesyen adik bongsu

22 Oktober yang lalu telah berlangsung satu majlis konvokesyen UNIKL di PICC.Adik yang bongsu telah berjaya menamatkan pengajian selama 3 tahun di situ.Syukur sangat dia nak belajar dan hbiskan pengajian.Sbb sebelum ni aku cukup risau sebab tgk mcm dh hilang minat belajar budak ni sejak arwah mak meninggalkan kami pada tahun 2006.Aku sekeluarga p menaiki sebiji kereta.Penuh sarat juga la kereta tu sebab anak abg yang sulung pun nk ikut.Kami ambik homestay ni Shah Alam .Saja aku ambik di Shah Alam sebab malas nk duduk area KL dan putrajaya.Pic bawah tu anak sedara mandi kolam.Homestay yang aku ambik tu ada kolam jadi setiap masa dia boleh turun main.Budak2 suka la.......Pada aku ok la homestay ni.cuma agak panas maybe musim panas sama dan kalau dia boleh letak semua air cond di setiap bilik lagi bagus....tapi kekemasan mmg aku puji terbaik........





Sunday, October 8, 2017

Majlis Sanjung Budi

Sempena Datin Hajah Zaidah bekas pengarah lama kami berpencen,satu majlis sanjung budi telah diadakan dan di sekalikan dgn majlis kualiti dan inovasi....Majlis gilang gemilang telah berlangsung di sebuah hotel di perlis....Sempena majlis tu aku mcm biasa bertugas sebagai AJK hadiah bagi majlis tersebut....Majlis berlangsung dri pukul 3.00 ptg hinggan 5.00 ptg...best gak pencen noh dpt banyak hadiah hahahahaha💜💜💜💜💜💜💜






3 thun x tulis blog keh keh keh.........

YES!Alhamdulillah dpt balik buka blog ni selama 3 thun hilang ke lautan mana  x tau la..sebenarnya password hilang bila lama x update ...alhamdulillah lepas ni boleh story morry di sini........

SELAMAT HUJUNG MINGGU 9/2 /2020

Sudah 2020 kan..lamanya x update blog....bukan dh bersawang  malah lebih dari itu....hari minggu kawan2 buat apa p mana...mcm biasa hari min...