Tuesday, November 10, 2009

My Wedding

Salam secara rasminya di sini mungkin aku punya big day on Raya Cina ni.Setelah ayah pulang dari Mekah so sempat la ayah rilek sikit untuk setllekan majlis kenduri aku nanti.Aku yg dok kena bising dgn makndak aku.Apa pun aku tak buat lagi...lengai sungguh aku ni..bertunang ari tu suka juga nak buat2 hantaran tu tapi utk majlis ni mcm malas x tau pasai apa...

Hantaran-dah beli sikit-sikit.
-side perempuan-(dah dibeli& ditempah oleh en rizal)
-side lelaki-(dah dibeli & ditempah oleh aku)

Banyak lagi nak kena prepare.aku kaler tema pun x der dlm kepala otak.aku suka purple en rizal dah bosan katanya tunang hari tu dah purple tak yah la purple lagi.belah en rizal kakak dia ckp ari tu nak pakai gold belasah jer lah apa-apa pun.aku ada juga survey kat area alor setar dalam 2-3 minggu lepas warna burgandy cantik juga.....masih ada masa nak fikir ni untuk pakai kaler apa sebab thn depan kan majlisnya....

Makanan-ayah setlle heheheheh

Pelamin,baju dan bilik-mungkin gee glamour butik pilihan aku

Makeup-Of course aku nak kak min yg make up mcm dah serasi dgn dia

Baju akad nikah-ini aku tak sure nak ambi kat sapa gee pun ok ,teratak kasih pun ok...kaler mestilah pearl white!!!!warna yg aku idamkan dari dulu....

Monday, November 9, 2009

Lambaian Kaabah...

Salam lama dah aku tak menulis dalam blog ni dah bersawang semua ada dah.Sejak akhir2 ni aku sibuk sgt dengan program kolej aku.Ni pun baru masuk office setelah lama meninggalkan kerusi empuk aku kat office ni..Alhamduliilahh juga ayah aku dpt g Mekah juga tahun ni.Masa di Sunway Hotel(5/11/2009) aku dpt call dari adik aku bagitau ayah aku dpt g Mekah 8/11/2009 aku pun kelam kabut la memikirkan segala persiapan dia dan kenduri untuk ayah aku...So dengan secara tak langsungnya kenduri aku akan di buat pada raya Cina nanti.Lepas habis program Seminar Kerjaya tu aku tumpang Hanim balik kg.Hanim drop aku dekat jeti.Hari Jumaat famili adakan sedikit kenduri kesyukuran buat ayah lepas sembahyang jumaat.Alhamdulillah berjalan lancar.

6/11/2009-Pagi sebelum keberangkatan kami ke KL ada sedara mara datang berjumpa ayah.
Sebelum berangkat pergi ayah sedikit sebak aku tak tahu kenapa maybe sebab dia sedih pergi sorang kot atau sedih sebab terlalu gembira untuk menjadi tetamu ALLAH...Tapi aku sedih juga sebab mak aku x sempat pergi bersama ayah tapi ayah aku upahkan haji untuk dia pda tahun ini juga...Kiranya mak aku buat haji sama dengan ayah cuma dia saja yg x der...
Kami bertolak dalam kul 10.00 mcm tu.Singgah umah rizal dulu ambik dia.Kami sampai dalam lebih kurang pukul 9.30 sebab hujan sgt lebat.Sampai kami ke Putrajaya umah maklang aku.Kami bermalam di sana sebelum besok malam untuk hantar ayah ke Kelana Jaya.

7/11/2009-Dalam kui 6.00 ptg mcm tu kami bertolak ke Kelana Jaya
Jalan punya jem..Org punya ramai ..Yang menghantar lagi ramai dari nak pergi ke sana.
Alhamdulillah segala prosedur telah kami ikuti sampai ke saat akhir sebelum ayah berlepas ke balai berlepas.Tapi aku rasa pengurusan tabung haji sedikit kucar-kacir....:-(
ayah dlm pakaian ihram sebelum berlepas ke balai berlepas....



dalam khemah tunggu giliran pendaftaran(tgk pak ndak aku siap tidur x senonoh tui)












SELAMAT HUJUNG MINGGU 9/2 /2020

Sudah 2020 kan..lamanya x update blog....bukan dh bersawang  malah lebih dari itu....hari minggu kawan2 buat apa p mana...mcm biasa hari min...