Monday, May 11, 2009

Quensbay


Weekend ari tu aku tak balik kampung....malas ngan letih lagipun masa 1 Mei tu aku dah cuti panjang...So kali ni aku lepak ja kat umah sewa..Ari Sabtu cam biasa badan rasa mcm nak demam..Aku dok berbungkus jer atas katil...Petang sikit baru g TESCO cari barang umah sikit buat stok makanan..Petang la baru balik..Then malam sikit layan tv,makan and tidur..
Ahad tu pun sama pagi hujan ..aku basuh baju yg dah berlambak tak basuh...Hujan turun la pulak then aku pun mcm bosan pasang niat g Quensbay...Dalam kul 2.00 mcm tu aku g Quensbay cuci mata dan shopping apa yg patut,...Orang punya la ramai..diorang ni time aku nak gtime tu plak ramai...hu hu hu..



Merata2 sepanjang dalam Quensbay ada saja promotion sempena "Hari Ibu" Sayu hati aku mengenangkan hari bu.....kalau semalam genap la mak aku meninggalkan aku 3 tahun...10 hari Selama 3 tahun ini juga aku melayari hidup tanpa seorang ibu..MAK aku rindu MAK......

Sebenarnya aku tak sangka secepat itu mak akan meninggalkan aku...
Itulah ketentuan-NYA...Aku perlu tabah dalam mengharungi semuanya...
Emak insan yang paling dekat dengan aku...Segalanya aku mengadu dengan emak...Sampaikan hari dan detik di mana emak disahkan meninggal dunia ,aku rasa dunia aku gelap dah aku rebah di penghujung katil emak berada...Longlai dan lemah tubuh ini....
Terlalu perit untuk di ceritakan dan aku rasa tangisan aku sudah tiada bunyinya...
Bukan mudah untuk aku bangkit semula..sebulan lamanya...aku mcm org gila..sampai aku terpaksa ambil ubat penenang selepas kematian mak aku....Setiap malam aku menangis kerana terlalu sunyi dan merinduinya...Mengenang adik2 aku lagi membuatkan hati aku sayu dan tidak kuat untuk semua itu...Namun pada semangat aku bangkit hanya kerana hanya satu malam emak aku datang dalam keadaan yg cukup manis,bersih dan tersenyum memandang aku...Bila aku rujuk pada seorang ustaz dia memberitahu aku bahawa emak aku bahagia di alam sana..dan tugas aku sentiasa dokan dia ....

MAK anak-anak mak tak pernah putus doa utk MAK di sana......
Selagi hayat ini ada, doa ida sentiasa mengiringi MAK di sana..

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Bonda tercinta

Teh Binti Othman


Yang Telah Kembali ke Rahmatullah pada 10/4/2006

Dan di tempatkan dikalangan orang yang beriman....

....Al-Fatihah.....

No comments:

Post a Comment

SELAMAT HUJUNG MINGGU 9/2 /2020

Sudah 2020 kan..lamanya x update blog....bukan dh bersawang  malah lebih dari itu....hari minggu kawan2 buat apa p mana...mcm biasa hari min...