Monday, February 22, 2010

sedikit pic kawen bukan dari kamera professional

mimi,angah,along,aku dan adik mija
anak sedara dan bapak sedara cikgu rodzali

gedik santai


tadaaaaa ni pic kawen aku dari kamera sepupu sikit jer x banyak pun pic dari kameraman x siap lagi.

Thursday, February 4, 2010

Hari ni kita sukerrrrrrrrrrrr.............

Today last day kiter kerja before cuti panjang sukanya.Why????semalam adik call bagitau kain telekung yg di sponsor oleh kak siti dari kelantan dan sampai..Kedua tag terima kasih kita dah siap.Supplier yg selalu deal dgn kita utk majalah tu leh terima order tu saat2 akhir tq la ah keong ...
mula dia designkan utk kita mcm gini kita x berapa suka la



ni design yg kita nak tu  kita suh dia buat design cam gini kita sukaaaaaaaa akhirnya deal!!!!!!!
korang tahu tak kenapa kita suka yg ni sebab kaler dia dua jer yg atas tu main 3 kaler budget sungguh aku nih...heheheheh

Honeymoon!!!!!!!

Wah belum kawen dah gatai nak  cerita pasai honeymoon .Haih tak pa kita merancang tuhan tentukan .....Mula kita plan nak g jauh sikit terengganu nak jumpa kawan kiter yg dekat terennganu tu sebab masa majlis kita nanti dia x dpt dtg .adik ipar dia kawen sama date dgn kita.Tapi en rizal x setuju katanya duit dah banyak habis dekat2 dah la atau kita g bulan 6 nanti katanya.Kita merajuk lambat bangat bulan  6.Ermmm untuk menyejukkan hati tunang dia yg mengada2  nih dia setuju nak bawa kiter g Langkawi.........ok lah langkawi pun lagkawi lah.Tapi itu tak sure lagi kalau ada kiter update pasai langkawi kira kita g la.kalau x der updated kita honeymoon dekat penang and anak bukit jer(umah mak mertua)..........

Apa akan jadik minggu ni

Minggu ni minggu yg paling sibuk bangat.Aku kena siapkan semua paper beg aku yg belum diikat dgn riben.Transparent box yg nak letak muffin tu lagik.Paper beg lagik .Adoi dah la banyak kena set sehari seratus boleh?bolehker aku ni.....tapi tak pa aku ada org kuat semestinya adik kesayangan aku..hahahha mija ni kerja ko lah.....takper dia suka buat semua benda nih....kalau dia dengar mau dia ketuk kepala aku.dia suka keluar ayat mcm gini.(kak hang last minit banyak benda hang nak buat penin aku)....hahahahhahah sabarla dgn kakak mu yg seorang nih yer..


kotak mcm gini lah utk muffin tu ...kena ikat riben sikit kasi cun aku beli online nih
berani giler tak aku?hahhahaha ni second time aku beli online hari tu dah beli satu produk tu ok jer..selamat..



dua budak yg akan aku kenakan utk ikat riben tu

Nak tudung kawen cam gini

Dok carik tudung kawen yg cantik x jumpa2 aku feddup gila.tapi aku x der la all out cari tapi aku suka yg mcm gini.Ni koleksi dari vispera.......

hantaran oh hantaran

Tadaaaaaaaaa ini dia hantaran aku.bersusah payah officemate aku dan aku siapkan hantaran ni inilah hasilnya setelah di campak2 bunganya di atas gubahan hantaran aku yg  kaler dia aku suka bangat.hehheheheh....aku suka la walaupun korang x suka aku x kisah.Credit to hanim,nani ,siti ,izan and tini yg dok bagi idea di dalam menyiapkan  hantaran aku nih......


banyak tu jer yg larat upload semua ada 11 dah x larat+tenet lembap=inilah hasilnya ......

Yeayhhhaaaaaaaaaa

Yeay suka sangat2 hari esok last kiter kerja sebelum cuti panjang.Wah dah lama x cuti panjang.

masa utk sy mengspakan diri yuhuuuuuuuuuuuuu

saya akan kembali ke ofis mulai 24 febuari 2010

jemput semua kwn2 dtg ke majlis saya..

doakan majlis saya berjalan lancar ye

juga doakan kebahagiaan sy hingga akhirnya...

Betulke nak kawen?

Pejam celik pejam celik dah dekat warghhhhhhhhh takutnya.Gedik plak apa yg aku takut pun tak tau.Mcm2 sebenarnya.Aku dah buat persiapan kira dah hampir 70% ler.tapi hasilnya mcm x sama jer dgn 70% tuh.Sabor jer ler.Minggu ni balik kampung dah leh fitting baju.Nak jumpa akak yg dah order mini muffin tu juga.Ini last minit punya plan.Puas aku cari org nak buat muffin tu alih2 dekat kedah pun ada.Yang jauh sangat tu murah dan aku dah call tapi feadback mengecewakan.Last2 jumpa sorang akak ni dan dia sanggup bagi harga yg aku nak tu wahhhhhhhhhhhh suka bangat aku.



ini dia contoh muffin yg aku order dekat kak syadah http://shanajbakery.blogspot.com/

Pantang larang sebelum kawen patut ada 44 lagi satu tercicir penat taip malas dah nak taip...

  1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijab kabul untuk mengelakkan tohmahan  masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri(ini aku x leh buat takkan nak g fitting baju sorang owhh tidak.....)
  2. Jangan tidur di rumah orang takut terkena ilmu. Ia juga adalah untuk menjaga nama baik keluarga.
  3. Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik.
  4. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
  5. Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.
  6. Jangan bercermin terutama selepas Maghrib ke atas bagi mengelak diri dari terkena sihir
  7. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
  8. Elakkan minum air mengandungi gas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.
  9. Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki akan menghadapi masalah ketika bersama.
  10. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
  11. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat).
  12. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.
  13. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
  14. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga yang cukup sebagai persiapan.
  15. Amalkan makan telur ayam kampung dua kali seminggu yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.
  16. Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia untuk membuang angin.
  17. Belajar ilmu rumah tangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumah tangga aman dan damai.
  18. Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
  19. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.
  20.  Elakkan minum minuman keras dan merokok.
  21.  Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
  22. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.
  23. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
  24.  Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
  25.  Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
  26. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki
  27. Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelak unsur jahat.
  28. Jangan bercelak serta memotong rambut seminggu sebelum ijab kabul.
  29. jika sudah nikah gantung tidak boleh bersama.
  30. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan menghangatkan lagi kemesraan.
  31. Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak daripada dikhianati.
  32. Jangan buat kerja yang berat kerana apabila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi.
  33. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
  34. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
  35. Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
  36. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis. (dah tidur pun )
  37. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui orang lain bagi mengelak hujan turun ketika majlis berlangsung.
  38. Dilarang memandang cermin ketika disolek kerana dikhuatiri hilang seri.
  39. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
  40. Jangan makan leher ayam nanti dikhuatiri kepala senget masa bersanding.
  41. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
  42. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.
  43. Jgn makan bersulam ais nanti perut buncit
Semua diatas tu kalau korang rasa betul baca jer ler kalau x betui abaikan tapi aku rasa mcm ada jer yg x betui hehehhee...
 Tapi yg pasti aku gumuk gumuk dan gumuk

SELAMAT HUJUNG MINGGU 9/2 /2020

Sudah 2020 kan..lamanya x update blog....bukan dh bersawang  malah lebih dari itu....hari minggu kawan2 buat apa p mana...mcm biasa hari min...