Khasiat Pokok Lemuju
Dahulunya pokok ini tumbuh meliar di kawasan kampung.Tumbuhan ini penuh di halaman rumah kampung jika ada yang mengenali spesis tumbuhan ini.Namun begitu orang-orang terdahulu mungkin sudah mengetahui akan khasiat dan kelebihan pokok ini. Pokok ini tidak berbunga dan daunnya sedikit berbulu.Mungkin anak-anak muda kini kurang mengenali akan pokok ini dan khasiatnya yang dikatakan mampu mengubat pelbagai jenis penyakit dan juga boleh dimasukkan ke dalam masakan.Ada juga ditanam sebagai tumbuhan laman sebagai hiasan.Daunnya yang berbau wangi juga boleh di jadikan sebagai bahan tambahan di dalam masakan barat dan juga masakan itali.Ada yang mengenali nama lain pokok ini sebagai Cuban oregano,pokok bangun-bangun,mangun,kapor barus. Dikalangan orang india pulak mengenali pokok ini dengan nama “karipulewalei”.

Kini ada yang telah menghasilkan air daun lemuju ini di dalam botol dan mengkomersialkan sebagai penawar kepada masalah rambut.
PETUA
SAKIT KEPALA
Antara khasiat lain yang di dengari dari pokok ini adalah untuk ubat pening kepala,daun ini diramas-ramas bersama air dan air dari daun yang telah di ramas di sapu kepada kepala.
BATUK
Bagi mengubati batuk ada yang meramas-ramas daun ini dan mencampur sedikit kapur makan di dalam air daun yang diramas kemudian air tersebut di sapu ke dada bagi meredakan batuk, tetapi ada juga yang merebus daun ini dengan gula batu lalu di minum sebagai penawar kepada batuk.
DEMAM
Pokok ini juga boleh mengubati demam dengan mengambil beberapa helai daun pokok ini dan meramas-meramas daun tersebut,air dari ramasan daun tersebut boleh dijelum pada anak yang demam.
ASTHMA
Untuk penderita asthma, pesakit boleh mengambil daunnya letak sedikit air gosok pada tangan sehingga keluar seperti buih hijau dan kemudian boleh disapu di bahagian dada dan belakang.
MENGHALAU MAHKLUK PEROSAK
Bagi menghalau tikus atau cicak ,petik pokok ini dan letakkan pada laluan binatang tersebut bagi menghalau daripada makhluk perosak itu terus berleluasa.Ini kerana bau daripada daun pokok ini amat tidak di gemari oleh mahkluk perosak tersebut.
Semua petua tersebut adalah datang daripada orang terdahulu yang telah lama menggunakan perubatan tradisional dari menggunakan ubat-ubatan hospital.Ternyata petua yang diberikan dapat digunakan kepada golongan muda kini yang kebanyakkan juga sudah beralih kepada perubatan secara semulajadi.