Thursday, January 21, 2010

Kerja Kawin


Bakul untuk tetamu yg hadir ..


anak sedara jadi mangsa letak bunga atas bakul kecik


bila dah ditempek bunga


bilik aku yg dah mcm tokang pecah.

2- 3 minggu ni aku stress sangat2 mana semua benda nak kena buat.Mcm2 hal.Adik aku kat umah pulak kena campak nak balik umah pun takut.Kalau takder majlis apa2 ok la ni my big day dah makin dekat Ya Allah jauhi la aku dari penyakit berjangkit...Minggu lepas g setlle hal baju,pelamin,meja makan semua.Abg gee pun dah dtg umah ukur untuk pelamin bilik dan meja makan.Dah setlle satu tinggai duit jer belum setlle yer abg g.Wazan Studio plak aku x confirm lagik untuk sahkan majlis aku sekian date yg dh di rancang tapi dh bayar deposit so takyah risau la.Bilik aku tak yah ckp la dah mcm tokang pecah segala mcm ada dah mcm stor simpan cenderahati kawen.Dua tiga hari di Penang ni aku siapkan hantaran aku yg tak tau nak hias mcammana tapi aku dok siapkan juga sikit2.

AKTIVITI DI KALA BOSAN



mcm terror la kan..
Wah lamanya tak menulis dlm blog ni..Busy??agak bz la mcm2 hal nak diuruskan..weekend lepas mcm biasa balik kampung.Setlle apa yg patut.Ptg Sabtu tu plan nak g tengok wayang dgn En rizal.Pergi dalam ptg mcm tu tiket dah habis huhuhuhuhu.Last sekali aktiviti ptg tu acara bermain bowling jadi kerja kami.

Wednesday, January 6, 2010

MY Wedding Checklist

Hantaran for him
1. Cincin kahwin
2. Jam
3. Perfume
4. Wallet & Belt
5. Buah-buahan
6. Kemeja
7. Sejadah
8. Tuala
9. Coklat
10.Manisan
11.Kain pelikat

Hantaran for me ;)
1. Gelang kahwin & Mas kahwin
2. Wang hantaran
3. Jam
4. Perfume
5. Handbag
6. Telekung (ditaja khas dari kak ct)
7. Sejadah
8.Coklat
9.Manisan


Kebenaran Kahwin
1. Kursus kahwin
2. Ambil borang
3. HIV test
4. Lengkap & hantar borang
5. Inform tok kadi+masjid tempat aku

Majlis akad nikah
1. Makeup
2. Tempah baju nikah
3. Photographer
4. Videographer(pakndak kot)

Majlis bersanding
1. Sewa baju sanding
2. Makeup
3. Book set pelamin lengkap
4. PA system & DJ (ditaja khas oleh abg din )
5. Photographer
6. Videographer (pak ndak)
7. Bunga pahar
8. Wedding songs
9. Bunga manggar

Tuesday, January 5, 2010

TEMA AKU....

Adoi aku masih penin dengan tema aku nak buat.tema pun x der lagik aku nih....tinggal berapa hari jer lagik..weekend ni balik kedah g tengok baju yg dah aku berkenan tu tapi aku x sure plak aku nak ke tak tak tetap pendirian aku nih....Kelam kelibut plak aku rasa...Isnin lepas lepas balik office aku g A TO Z tgk 2 dulang yg aku nak letak kemeja untuk En Rizal.Dah beli sekali aku rembat sangkar burung entah nak letak apa pun ntah aku belasah beli jer sebab comei sungguh...beli bunga telur untuk di bawa ke pihak umah lelaki on 15/2/2010.Niat aku nak g carik kain/paper untuk balut aku punya poilistren tu benda lain plak yg aku beli.
Apa-apa pun dah setlle la sikit....Aku nak buat hantaran yg simple jer but sweet...Dalam kepala aku nak buat kaler pink +silver +creme.ok tak???

Wednesday, December 30, 2009

I WISH 2010

TARGET 2010

-Nak carik new job dgn gred yg lebih tinggi(kalau tak gred tinggi pun pindah ke tempat yg betui2 kasi experience yg best!)
-Be a good wife and sempurna untuk future husband (dah x lambat ni tinggai sebulan ja lagi)
-Boleh bagi ayah sesuatu....akan aku usahakan
-Adoi ni memang fenin...Pay back my PTPTN loan secara konsisten(sekarang bayar tapi kdg bayar kadang lupa lalalalalalalla)
-Have my own house dekat kedah! (nak beli rumah....insyallah..)
-Going for a holiday at local/ overseas location mana2 pun x kisah janji dpt travel dan lawat tempat orang
-Save money RM ?????
-kuruskan badan yg mcm dah dipam2...huhuhuhuuhuh moga tercapai la ida oiii...

Azam 2010

Tirai 2009 akan berlabuh dalam berapa jam sahaja lagi.Sebagai seorang hamba NYA aku bersykur dengan rezeki dan kesihatan yang telah dikurniakan oleh NYA kepada aku ...2009 memberi aku pengalaman yg cukup manis kerana apa yg aku imipikan telah termakbul.2009 juga tahun aku bergelar tunangan orang setelah hampir 7 thn menyulam kasih yang pelbagai rintangan dan halangan yg terjadi.Pengertian hidup dalam diari hidup aku bermula lepas aku grad 2005(perlu fikirkan untuk majukan diri sebab dah kena cari duit sendiri)
2005-aku mula bekerja di library Kementerian Pembangunan Wanita kat KL-kontrak-)
2006-tahun yg aku x dpt lupakan dimana ibu yg tercinta pergi menyahut seruan Illahi pada 10/4/2006 Al- Fatihah....Tahun ni tahun yg paling genting dalam hidup aku....Tahun ni juga aku pulang ke kedah dan bekerja di DXN Industries hampir 1 thn 6 bln
2007-Pertengahan 2007 aku dpt kerja di HPA industries dalam bidang yg sama masa di DXN dulu...Masa di sini aku masih mengharap aku agar aku dapat perolehi job yg sesuai dgn bidang yg aku belajar dulu...berkat doa dan solat dhuha masa menjadi warga HPA (Ukhuwah yg sangat kuat dikalangan warganya)akhirnya ..
2008-16/06/2008 Akhirnya penantian aku......berakhir...doa dan rintihan hambaNYA telah di makbulkan...aku perolehi kerja yg aku inginkan sesuai dgn kelayakan aku ...alhamdulillah
2009-Ogos 2009 Aku telah mendapat lagi satu kejayaan yg aku memang impikan dari dulu tapi apa kan daya status kontrak yg membuatkan aku mendapat halangan yg kuat dari famili....walaupun mereka tahu itu yg aku impikan...tak semua yg kita inginkan akan kita dpt dan capai ...cuma doa aku aku inginkan yg terbaik pada thn 2010 agar apa yg aku impikan untuk mendapat pengalaman yg lebih dari sini tercapai amin..........
2010-Mengharap dan terus mengharap ....

Kepulangan Tetamu Allah

Salam dah lama aktiviti berblog ni dihentikan...akibat kemalasan+internet lembap jadi malas nak updated.Cerita ni dah lama masa jemput ayah balik dari KLIA Sepang.Kami semua pergi jemput ayah dalam 3 kelaurga mcm tu.Sebelum ayah tiba di KLIA kami sefamily ke NILAI...Ni idea aku ngan makndak aku la yg kaki shopping.Makndak aku ckp leh aku buat preparation sikit2 untuk majlis aku nanti beli apa yg patut.Memang patut pun....Membeli barang di nilai memang berbaloi-baloi dan bernilai-nilai...Apa-apa pun setengah souveniour utk tetamu dah aku beli dah harap2 cukup la untuk yg hadir...

SELAMAT HUJUNG MINGGU 9/2 /2020

Sudah 2020 kan..lamanya x update blog....bukan dh bersawang  malah lebih dari itu....hari minggu kawan2 buat apa p mana...mcm biasa hari min...