Tuesday, November 10, 2009

My Wedding

Salam secara rasminya di sini mungkin aku punya big day on Raya Cina ni.Setelah ayah pulang dari Mekah so sempat la ayah rilek sikit untuk setllekan majlis kenduri aku nanti.Aku yg dok kena bising dgn makndak aku.Apa pun aku tak buat lagi...lengai sungguh aku ni..bertunang ari tu suka juga nak buat2 hantaran tu tapi utk majlis ni mcm malas x tau pasai apa...

Hantaran-dah beli sikit-sikit.
-side perempuan-(dah dibeli& ditempah oleh en rizal)
-side lelaki-(dah dibeli & ditempah oleh aku)

Banyak lagi nak kena prepare.aku kaler tema pun x der dlm kepala otak.aku suka purple en rizal dah bosan katanya tunang hari tu dah purple tak yah la purple lagi.belah en rizal kakak dia ckp ari tu nak pakai gold belasah jer lah apa-apa pun.aku ada juga survey kat area alor setar dalam 2-3 minggu lepas warna burgandy cantik juga.....masih ada masa nak fikir ni untuk pakai kaler apa sebab thn depan kan majlisnya....

Makanan-ayah setlle heheheheh

Pelamin,baju dan bilik-mungkin gee glamour butik pilihan aku

Makeup-Of course aku nak kak min yg make up mcm dah serasi dgn dia

Baju akad nikah-ini aku tak sure nak ambi kat sapa gee pun ok ,teratak kasih pun ok...kaler mestilah pearl white!!!!warna yg aku idamkan dari dulu....

Monday, November 9, 2009

Lambaian Kaabah...

Salam lama dah aku tak menulis dalam blog ni dah bersawang semua ada dah.Sejak akhir2 ni aku sibuk sgt dengan program kolej aku.Ni pun baru masuk office setelah lama meninggalkan kerusi empuk aku kat office ni..Alhamduliilahh juga ayah aku dpt g Mekah juga tahun ni.Masa di Sunway Hotel(5/11/2009) aku dpt call dari adik aku bagitau ayah aku dpt g Mekah 8/11/2009 aku pun kelam kabut la memikirkan segala persiapan dia dan kenduri untuk ayah aku...So dengan secara tak langsungnya kenduri aku akan di buat pada raya Cina nanti.Lepas habis program Seminar Kerjaya tu aku tumpang Hanim balik kg.Hanim drop aku dekat jeti.Hari Jumaat famili adakan sedikit kenduri kesyukuran buat ayah lepas sembahyang jumaat.Alhamdulillah berjalan lancar.

6/11/2009-Pagi sebelum keberangkatan kami ke KL ada sedara mara datang berjumpa ayah.
Sebelum berangkat pergi ayah sedikit sebak aku tak tahu kenapa maybe sebab dia sedih pergi sorang kot atau sedih sebab terlalu gembira untuk menjadi tetamu ALLAH...Tapi aku sedih juga sebab mak aku x sempat pergi bersama ayah tapi ayah aku upahkan haji untuk dia pda tahun ini juga...Kiranya mak aku buat haji sama dengan ayah cuma dia saja yg x der...
Kami bertolak dalam kul 10.00 mcm tu.Singgah umah rizal dulu ambik dia.Kami sampai dalam lebih kurang pukul 9.30 sebab hujan sgt lebat.Sampai kami ke Putrajaya umah maklang aku.Kami bermalam di sana sebelum besok malam untuk hantar ayah ke Kelana Jaya.

7/11/2009-Dalam kui 6.00 ptg mcm tu kami bertolak ke Kelana Jaya
Jalan punya jem..Org punya ramai ..Yang menghantar lagi ramai dari nak pergi ke sana.
Alhamdulillah segala prosedur telah kami ikuti sampai ke saat akhir sebelum ayah berlepas ke balai berlepas.Tapi aku rasa pengurusan tabung haji sedikit kucar-kacir....:-(
ayah dlm pakaian ihram sebelum berlepas ke balai berlepas....



dalam khemah tunggu giliran pendaftaran(tgk pak ndak aku siap tidur x senonoh tui)












Wednesday, October 7, 2009

Mood raya lagi??

Dah masuk minggu ketiga lepas raya...mcm x der mood jer..Mood raya lagi ker? Mcm2 aku fikirkan..For my big day aku x prepare apa pun lagi.Insyallah ayah aku pun dpt g Mekah thn ni..Agar dpt menjalankan ibadah dengan sempurna...Tapi walaupun dah berapa Syawal yg pasti kat office aku ni masih ada alunan lagu raya lagi...Itu yg buat aku dok ingat umah je walaupun tiap-tiap minggu balik kg...Kalu tak sekarang aku dah kat Kedah.Itulah...bila dah lama kat sini rasa bosan plak dan mula menyesal tolak tawaran yg x mudah akan aku dpt lagi.Disini aku tak banyak belajar maybe di sana aku akan banyak belajar tapi itulah tak semua yang kita inginkan akan kita dapat...Bukan pangkat atau gred yg aku inginkan tetapi ilmu dan penigkatan diri yg aku perlukan.Kalau tak kenapa aku tolak tawaran itu kalau aku pentingkan pangkat betul tak pada kengkawan yg tahu pasal cerita aku tu...sebarang komen??

Sunday, September 27, 2009

Penyatuan dua keluarga

Majlis bermula awal pagi.Aku dah mcm lipas kudung.Mana hal dapur aku na kena uruskan.Diri sendiri lagi.Maklumlah aku ni dah x der mak.Kakak ipar aku la jadi org kuat.Mujurla dia leh harap.Tapi dia gelabah juga sebab ni first time dia handle majlis yg besar sikit la dari kenduri-kenduri arwah yg selalu kami buat sebelum ni.Tapi alhamdulillah semua berjalan dgn lancar.Kalau ada sedikit kekurangan harap di maafkan yer kepada famili En Rizal.Famili En. Rizal sampai lebih kurang kul 2.00 mcm tu la.Diorang dtg dalam 4 biji kereta.Semua famili diorang je yg dtg,diketuai oleh mama &abah,wan,abg long & kak long(satu famili)terima kasih kak long sebab tak balik raya terengganu semata nak dtg majlis kitaorg,kakcik &abg cik,kak chaq&abg chaq ..chik&makchik yg tgh tunggu hari ja time tu nak bersalim (raya keempat bersalin terus).... dpt juga makan nasi berempah ...

Hantaran

Ni segala hantaran yg telah berjaya disiapkan oleh aku yg x berapa berseni ni .....


Pihak perempuan kepada lelaki

Pihak lelaki kepada perempuan


Alhamdulillah......... 2 SYAWAL Pengikat Janji

Alhamdulillah....segalanya berjalan dgn lancar.Tanggal 21/09/09 aku selamat menjadi tunangan orang.Kepada semua sedara mara yang banyak mebantu terima kasih yg tak terhingga aku ucapkan.Walaupun penat tapi meriah sesangat.Maklumla cuti raya.Kebetulan bapa sedara aku yg menetap di Pahang pun beraya bersama kami kali ini.Takdak apa nak ditulis lagi.Kepada na yg nak tgk pic so ko layan je di sini.

Wednesday, September 9, 2009

Tarikh Keramat *09/09/09*

Alhamdulillah...pada tarikh tersebut semua kakitangan kerajaan memanjat kesyukuran yang tak terhingga di murahkan rezeki di bulan yang mulia..especially utk golongan sokongan....Semua kakitangan kerajaan sokongan akan dapat bantuan khas RM500.Walaupun aku ada dengar sok sek sok sek yg jumlah itu sikit sebab di bayar 2x tapi sebagai hamba-NYA kita patut bersyukur .Jadi kakitangan kerajaan marilah bersama tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi....

RM500
(Duit Raya)

SELAMAT HUJUNG MINGGU 9/2 /2020

Sudah 2020 kan..lamanya x update blog....bukan dh bersawang  malah lebih dari itu....hari minggu kawan2 buat apa p mana...mcm biasa hari min...